Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group menjadi bualan utama hari ini.
Susulan berita pernikahan diantara waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, nama kedua-dua pasangan ini mula menjadi carian utama di Google Search.
BACA: Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?
Nama Chryseis Tan mencatat sebanyak lebih 5,000 carian di Google Search Malaysia sekali gus menduduki tempat pertama carian itu manakala lebih 1,000 carian di Google Search Singapore.
Terbaharu, Chryseis Tan, 30 tahun dalam satu posting menerusi laman media sosial Instagramnya memuat naik gambar beliau mengenakan gaun berona putih sempena majlis yang diraikan itu.
Gambar dan video dipercayai majlis pernikahan mereka yang telah dimuat naik oleh kaum keluarga dan sahabat handai jelas menunjukkan pasangan ini sah bergelar suami isteri pada Jumaat.
Satu video yang dimuat naik oleh adik Faliq, Nadia Nasimuddin menunjukkan pasangan ini disatukan dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 daripada pasangannya itu.
Terdahulu, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang juga abang kepada SM Faliq telah memuat naik gambar mereka sah bergelar suami isteri di laman instagramnya.
BACA: Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?
Gambar sama turut dimuat naik isteri SM Nasarudin, Marion Caunter.
Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.
Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Feb 02 2018
Gambar menunjukkan mereka sah bergelar suami isteri telah dimuat naik di laman Instagram milik Marion Caunter. Foto: Instagram/@marioncaunter
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Berjaya Group akan jual 100 peratus ekuiti Benviro kepada Naza dengan harga RM700 juta
Anak syarikat Berjaya Corporation Bhd, Berjaya Group Bhd memeterai perjanjian dengan Naza Corporation Holdings untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd.
Dana Lindung Nilai Patuh Syariah pertama di Malaysia bakal dicadangkan - Vincent Tan
Syariah Hedge Fund yang pertama di Malaysia, meliputi lebih 70,000 saham di dunia dengan 400 komoditi patut syariah bakal dicadangkan untuk pelancaran, tidak lama lagi.
Program francais 7-Eleven kembali lagi
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan pakej francais dengan pelaburan sebanyak RM250,000.
Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group.
Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?
Waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group dikatakan sudah mendirikan rumah tangga hari ini.
Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
Waris Berjaya dan Naza jalin pertunangan
Mereka juga telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka, setelah bertahun mengenali masing-masing.